Wednesday 3 April 2013

Resepi biskut

Biskut susu

Bahannya

250g butter
1/2 cawan gula caster
1 tin susu pekat manis
2 bj kuning telur
500g tepung jagung
ceri merah secukupnya

Caranya
Pukul butter ,gula dan telur sehingga kembang,diikuti bahan yang  selebihnya.
Bulatkan dan letakkan ceri diatasnya.
Susun didalam loyang.
Bakar pada suhu 150 c -10 minit.

Kek butter

Bahan-bahannya
250 g butter
5 biji telur
11/2 cawan gula
3 cawan tepung
sedikit pewarna hijau ,merah

caranya.
Pukul butter dengan gula sehingga kembang.masukkan telur sebiji demi sebiji.diikuti tepungadun sebati.bahagi kepada 2 warna
lapiskan berselang-seli
Masukkan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.http://resepiayuglamor.blogspot.com/2013/04/resepi-nasi-tomato.html

Resepi nasi tomato

Bahan-bahan ( 5org makan )

  • bahan A : untuk nasi
  • 2 pot beras
  • 2 s/b tomato puri
  • 1 labu bawang besar ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 cm halia , bunga lawang, kulit kayu manis , n buah keras(secukupnyer)
  • planta untuk menumis n garam secukup rasa
  • bahan B : untuk ayam masak merah
  • 1 ekor ayam
  • 6 s/b cili kisar
  • 2 s/b tomato puri
  • 2 s/b sos cili
  • 1 s/b sos tiram
  • 1 labu bawang besar **
  • 4 ulas bawang putih **
  • 2 cm halia **
  • 2 batang serai dititik
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • perase secukupnye

Cara-cara

  1. beras dibasuh bersih n toskan.
  2. tumiskan bawang besar n bawang putih,buah keras,kulit kayu manis,bunga lawang n halia dgn planta sehingga naik bau.masukkan tomato puri.tumis sehingga masak.
  3. masukkan beras n kacau rata.masukkan perase.n masukkan air yg cukup untuk masak beras.lepastu masukkan dlm periuk nasi.klu ikot sukatan sy 2 pot beras : 1.8 kole air.
  4. bahan B : tumiskan bahan berkisar yg bertanda ** sehingga naik bau.masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.masukkan sos tiram ,sos cili , tomato puri.masukkan juga garam gula n perase.
  5. ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.kemudian masukkan kedlm tumisan yg kte masak td.masukkan juga serai yg dititik.
  6. setelah ayam masak,hidangkan dengan nasik tomato td.

Nasi ayam

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

  • 1/2 cawan marjerin (akak tukar mentega)
  • 2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
  • 2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
  • 4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
  • 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam
Cara-Cara:-
  1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
  2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
  3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa hingga nasi kering dlm rice cooker tuh)

Resepi nasi minyak

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 4 cwn beras basmathi
  • 6 cwn air(ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bwg besar (hiris)
  • 2" halia (hiris)
  • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cwn susu cair
  • sedikit minyak sapi utk menumis
  • sedikit garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan

Cara-cara

  1. mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
  2. dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
  3. masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
  4. bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
  5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
  6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan

Sijil kemahiram malaysia

Pusat masakan Batu telah ditubuhkan pada 1/10/2010 .
Dan telah memberi SKM Tahap 1 dan 2 kepada 15 orang peserta kelas.












Tuesday 2 April 2013

pelbagai jahitan manik

Beberapa contoh jahitan manik yang boleh dipelajari dari masa ke semasa.





Aktiviti Pusat Masakan

Aktiviti Pusat Masakan
Lawatan pelancong dari Indonesia
Tarikh :10/10/2012.
Tempat : Pusat Kegiatan Masyarakat,Kg Sri Batu,KL.



Demo membuat Kuih Bakar Bijan

Penerangan kepada pelawat cara membuat Kuih Bakar Bijan.








Pelbagai jenis pestri

Terdapat perbagai jenis pastri yang boleh dipelajari dan boleh dijadikan sumber penambahan pendapatan .
Gunakanlah segala kemudahan yang ada demi kemajuan sesebuah organisasi keluarga.

Pastri pai buah


Pastri semarak kasih



Sukaneka tahunan

Sukaneka tabika kemas parlimen batu ini telah diadakan pada tarikh 1/4/2013.
Untuk maklumat lanjut sila ke LAMAN WEB KEMAS
Aktiviti sukaneka dianjurkan oleh Pusat Sumber Lembah Pantai


Acara futsal untuk kanak-kanak 6 tahun

Acara membawa bola ping-pong dalam sudu untuk kanak - kanak 6 tahun
Program ini telah diadakan dengan jayanya dan telah mendapat sambutan dari ibubapa dan masyarakat setempat.

Acara mengutip gula-gula untuk kanak-kanak 5 tahun


Selamat menyambut bulan Ramadan

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mulia ini kepada pengunjung-pegunjung laman blok ini,semoga segala amalan kita diterima ALLAH.

Monday 1 April 2013

Selamat Datang ke Laman Blog Ayu glamour

Selamat datang ke Laman Blog Ayu glamour ini dimana anda akan mendapat maklumat - maklumat terkini yang mana boleh menjadikan ianya satu sumber penambahan pendapatan.
Terdapat pelbagai resepi dan ukiran buah yang boleh diperolehi

carta organisasi

CARTA ORGANISASI PUSAT MASAKAN

PENGERUSI  PUAN SADIAH JAAFAR

NAIB PENGERUSI PUAN NORAINI BT MAT YASSIN

SETIAUSAHA PUAN ZURAIDA YUSUF

BENDAHARI PUAN ZURAINI BT CHE MAIDIN

AHLI JAWATANKUASA NORHAYATI HAMID

Ukiran kasih sayang

Antara ukiran yang boleh dijadikan sumber penambahan pendapatan.untuk mempelajari teknik-teknik ukiran ,bolehlah menhubungi Pusat Masakan PKM Kg Sri Batu,W/P

.Kuala Lumpur